Thursday, December 28, 2006

Pertukaran Blog

Sudah lama saya tidak update blog ini. Sebenarnya saya dalam proses pembelajaran buat blog berbayar dalam Wordpress. Jadi masa agak suntuk sedikit memandangkan saya hanya dapat meluangkan hanya 2-3 jam satu malam untuk concentrate pada kerja2 saya.
Sepatutnya saya tidak perlulah luangkan masa yang begitu banyak untuk buat blog, tapi memandangkan blog tersebut adalah berbayar, maka saya ambil langkah yang lebih berhati-hati. Kemahiran pulak belum cukup seperti mana blogger-blogger lain.
Saya buat blog berkenaan perniagaan online jugak, tapi sekarang ni masih under construction, belum boleh disebarkan lagi kepada umum.
Saya menyewa domain dan hosting tersebut pun pada harga yang berpatutan. Domain RM35 setahun dan Hosting pakej paling murah RM20 setahun. Jika berminat bolehlah klik di sini.
Kita boleh check domain yang nak kita beli di situ sama ada domain tsb sudah digunakan atau belum...
OK, cukup dahulu sampai di sini, kena kejar masa pulak...

Sunday, December 17, 2006

Terlalu banyak peluang !!!

Memeningkan kepala...

Itulah antara masalah yang sering dihadapi ramai orang dalam usaha menambah pendapatan sampingan. Menerima tawaran untuk melakukan pelbagai usaha menambah pendapatan sebenarnya seperti menerima masalah yang semakin banyak. Semua program yang ditawarkan bunyinya macam bagus. Nak join semuanya? Nampaknya macam banyak duit yang akan keluar dari yang masuk.

Apalagi jika anda menyertai banyak emailgroup, melimpah-limpah iklan buat duit di internet. Macam-macam jenis. Yang mana betul, yang mana tipu. Nak buat kajian sendiri tak tau macam mana. Nak tanya orang? Siapa ?...

Dalam masa yang sama, cuba macam-macam, sah... banyak duit keluar.

Tapi, jangan bimbang. Bagi mereka yang betul-betul nak buat duit di internet, join forum, tanya kepada yang pakar, ataupun join kursus perniagaan di internet. Ada beberapa kursus yang ditawarkan di Malaysia ini.

Untuk mengetahui lebih pantas, join forum online:-

Forum wangcyber

Saya mendapat banyak info yang telah menyelamatkan saya dari join program2 yang bukan bukan sebelum ini.

Thursday, December 14, 2006

Isi Kandungan Web Segera Untuk Anda

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapatkan isi kandungan untuk blog anda, laman web berikut memberikan penyelesaian mudah:
http://tinyurl.com/ymjkqw

Laman yang dinamakan Kandungan Web Segera ini dibangunkan oleh seorang usahawan Internet bernama Mohd Fairuz sebagai khidmat PERCUMA kepada komuniti Internet Malaysia.

Anda boleh menjadi ahli kepada laman ini secara percuma, dan SETIAP BULAN anda akan menerima 20 artikel untuk dimuatkan dalam laman web anda.

Anda bebas mengedit atau menterjemah artikel-artikel ini ke dalam bahasa lain.

Bukan itu sahaja, malah anda juga dibekalkan dengan header grafik yang berkaitan untuk menjadikan laman web anda lebih menarik.

Saya sendiri sudah menjadi ahli, dan ternyata, artikel yang diberi adalah berkualiti.

Anda boleh dapatkan artikel-artikel tersebut di:
http://tinyurl.com/ymjkqw

Wednesday, December 13, 2006

Tanpa Modal ?

Banyak sekarang ini yang mempromosikan jenis bisnes tanpa modal. Namun, adakah ianya betul dan boleh dipercayai? Saya banyak menerima iklan bisnes percuma melalui email. Tetapi sejauh mana kebenarannya...

Tidak semua program itu tipu. Ada juga yang betul contohnya Google Adsense. Kita memohon dari Google untuk join Google Adsense, cuma hantar web atau blog kita kepada Google dan sekiranya lulus,memenuhi segala syarat, maka pihak Google akan buka akaun kita. Kita boleh menampal iklan-iklan Google Adsense yang diberikan pada laman web atau blog kita.

Topik iklan tadi biasanya lebih kurang sama dengan topic web/ blog kita. Kita akan menerima bayaran apabila ada orang klik pada iklan yang terdapat dalam web / blog kita. Namun tetap ada syaratnya...

Ada juga yang mendakwa join sahaja sesuatu program, tapi kena bayar selepas sebaik sahaja join. Anda sendiri kena selidik dahulu program program ini adakah ianya betul atau tipu.

Friday, December 8, 2006

Bermula dengan perniagaan sampingan

Berniaga?

Umum mengetahui bahawa perniagaan meruapakan 9/10 punca rezeqi sebagaimana sabda Baginda S.A.W.. Tapi, persoalannya berapa ramai yang berani menceburkan diri dalam perniagaan? Jawapan anda sendiri yang tahu.

Dunia perniagaan memang banyak onak dan durinya. Ilmu kena cukup. Pengalaman kena banyak. Kena sanggup merasa kerugian pada peringkat awal. Ada yang rugi beratus-ratus malah ribuan RM sebelum mengecapi kejayaan sebenar dalam perniagaan. Anda boleh baca buku Dare To Fail ( Berani Gagal )karangan Billy P.S. Lim untuk mengetahui lebih lanjut. Dalam buku beliau banyak kisah kejayaan yang mana bermula dengan kegagalan baik dalam perniagaan mahupun dalam bidang lain. Contoh yang sering digunakan kebanyakan orang adalah Abraham Lincoln yang gagal berkali-kali sebelum menjadi Presiden USA.

Bagaimana pula dengan kita? Berapa nilai kegagalan yang sanggup kita bayar untuk berjaya dalam hidup ini? Kegagalan awal itu adalah guru terbaik untuk kejayaan kita.

Sebelum menemui perniagaan yang betul-betul sesuai, kita boleh mencuba apa jua jenis perniagaan asalkan sanggup menghadapi RISIKO. Jika tidak, lupakan. Perniagaan OFFLINE atau ONLINE ? Perniagaan offline memang banyak. Gerai kecil, pasar malam, kedai runcit, consultant, kedai makan, jualan langsung, MLM dan sebagainya. Sangat banyak. Sementara perniagaan online masih baru di kalangan warga Malaysia. Namun sudah ramai warga Malaysia yang berjaya mencipta nama besar dalam perniagaan online / internet di peringkat antarabangsa. Ini juga satu kejayaan bagi rakyat Malaysia.

Ini cuma intro sebelum pergi lebih jauh. Sebarang cerita di atas bukanlah untuk memotivasi sesiapa cuma perkongsian ilmu yang saya belajar dan sedikit pengalaman...

Bagaimana pendapat anda?

Wednesday, December 6, 2006

Perancangan...

Dalam usaha untuk menjayakan sesuatu pekerjaan atau perniagaan tetap memerlukan perancangan walau sedikit. Cerdik pandai selalu berkata, 'Gagal Untuk Merancang bererti Merancang Untuk Gagal'. Ya, sudah tentu ramai walaupun tidak semua akan bersetuju dengan pernyataan ini. Saya sangat bersetuju.
Paling tidak pun, perancangan kecil pun perlu sebelum memulakan. Walaupun tidak semua perancangan akan diakhiri dengan kejayaan. Itu sudah lumrah ataupun hukum alam dan tidak siapa mampu menafikannya. Kita merancang dan Tuhan menentukannya. Walaupun gagal setelah merancang, tetapi kita sudah tentu akan dapat memperbaiki kesilapan kita bersandarkan perancangan yang telah kita buat sebelum ini. Tetapi, bagaimana kalau kita langsung tidak merancang, kita akan hilang arah untuk memperbaiki kesilapan kerana sudah kehilangan punca. Mungkin tidak semua orang menghadapi masalah ini, tetapi peratusannya bagi saya amat sedikit.
Ramai kawan saya dan termasuk pengalaman saya sendiri yang tidak merancang dahulu untuk melakukan sesuatu perniagaan yang akhirnya tak sampai separuh jalan, 'lesap'...Perniagaan ke mana, orang pun entah ke mana. Melakukan perniagaan semata-mata kerana 'excited' melihat kejayaan orang lain memang bagus pada asalnya untuk membina semangat tetapi tetap memerlukan perancangan.
Mungkin juga kejayaan seseorang tidak 100% hasil perancangan yang telah dibuat, tetapi ia tetap bermula dari sebuah perancangan asal. Bermakna perancangan asal telah diperbetulkan. Bagaimana sekiranya langsung tiada perancangan?...

Sunday, December 3, 2006

Bermula dengan ilmu

Alhamdulillah, saya sebenarnya sudah lama nak buat blog sendiri, cuma sebelum ini 'blank', rasanya langsung tiada idea. Sekarang, lepas join workshop internet barulah saya celik idea sikit nak buat blog ni. Mungkin saya belum capai tahap kekreatifan yang tinggi untuk melakukan sesuatu perkara sendiri-sendiri. Kena tengok contoh dan dibuka minda barulah OK skit.
Semalam Alhamdulillah berjaya juga saya join satu workshop buat web untuk perniagaan yang dikelolakan oleh Ahmad Azwan di MMU Cyberjaya. Walaupun sebelum ini saya dah baca beberapa buah buku pasal bisnes internet, cara-cara dan sebagainya, tapi saya tetap kena pergi workshop juga baru nampak betul2 selok belok internet dan saya masih perlu banyak belajar lagi.
Bagi saya workshop semalam sangat bagus bagi newbie macam saya kerana harganya sangat berpatutan, workshop secara hands-on, sambil belajar terus buat, so senang faham.
Sekian dahulu dan saya akan muncul lagi di lain waktu insyaAllah...